Friday, 6 April 2012

e-Kasih
Sumber dari Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang

1. Apakah Sistem eKasih ? 


Jawapan :Sistem eKasih ialah satu sistem pengkalan data keluarga miskin yang diwujudkan diperingkat nasional bagi membantu merancang, melaksana dan memantau program kemiskinan.


2. Apakah sumber data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih ? 


Jawapan : Data dan maklumat yang dimasukkan ke dalam eKasih adalah berasaskan kepada Banci Isi Rumah Miskin (BIRM). BIRM adalah program banci dengan pendekatan isi rumah dan bukan individu. Ia dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOS) dengan hasil banci diserahkan kepada ICU JPM sebagai input utama kepada eKasih. BIRM terdiri daripada dua fasa.


BIRM Fasa I dijalankan secara menyeluruh merangkumi kawasan bandar dan luar bandar bermula Disember 2007 sehingga Jun 2008 dengan rangka (frame) secara khusus diperolehi berdasarkan kepada senarai UPIS (KPKT) dan SPKR (KKLW) yang terkini pada masa itu. BIRM Fasa I juga dijalankan dengan merangkumi kawasan ‘pocket of poverty’ (kawasan berpendapatan rendah dan kawasan sekitarnya berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isirumah (HIS) yang dijalankan oleh DOS) bagi memantapkan frame. Walaubagaimanapun, terdapat kawasan yang tidak diliputi, iaitu kawasan perkampungan Orang Asli, kawasan FELDA dan kawasan estet/ladang yang mempunyai pentadbiran sendiri. Bagi memantapkan senarai di dalam eKasih, BIRM Fasa II telah dijalankan bermula Januari 2008 sehingga Julai 2009 dengan verifikasi dilakukan terhadap senarai (yang dianggap miskin) yang diterima daripada Ahli Parlimen/ADUN dan agensi- agensi diperingkat negeri.


Selain daripada itu, mekanisma pendaftaran terbuka di dalam eKasih juga merupakan sumber data dan maklumat yang terkandung di dalam eKasih. Isirumah yang telah dilakukan verfikasi di lapangan dan menepati kriteria-kriteria eKasih, layak dimasukkan ke dalam eKasih.


3. Adakah terdapat nama mereka yang miskin tetapi tidak didaftarkan ?Apakah langkah untuk mengatasi perkara ini ? 


Jawapan : Di dalam sebarang program banci, kes ‘keciciran’ pasti berlaku dan tidak dapat dielakkan. Hasil bancian tidak wajar dianggap 100% sempurna. Faktor seperti keciciran liputan, rangka (frame) yang tidak menyeluruh dan faktor-faktor lain menjadi penyumbang kepada perkara ini. Antara lain, terdapat juga beberapa faktor seperti tiada sesiapa di rumah selepas 3 kali lawatan dalam masa yang berlainan oleh pembanci, alamat yang diperolehi tidak lengkap/ tidak tepat/tidak diketahui/tidak dikenali, telah berpindah dan juga enggan memberi kerjasama kepada pembanci.


Pelbagai langkah dan inisiatif dilakukan dalam mengatasi perkara ini. Antaranya, BIRM Fasa II yang dilakukan khusus bagi memantapkan senarai eKasih yang dianggap keciciran dan kerjasama dengan pihak NGO/Agensi berkaitan dengan program kebajikan dan pembasmian kemiskinan bagi mendaftarkan mereka yang layak. Selain itu, sistem eKasih sendiri yang mempunyai mekanisma Pendaftaran Terbuka di mana ia membolehkan orang awam melapor dan mendaftarkan ketua/ahli/keluarga/isirumah (yang mereka kenali) yang dirasakan miskin untuk tindakan selanjutnya oleh ICU JPM/PPN. Sekiranya layak dan menepati kriteria, isirumah tersebut akan dimasukkan ke dalam eKasih.


4. Siapakah yang layak mendaftar di dalam eKasih ? 


Jawapan : Selain mereka yang memenuhi kriteria status kemiskinan bedasarkan pendapatan per kapita isirumah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) 2007, mereka yang layak mendaftar dan dimasukkan ke dalam eKasih adalah isirumah yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM1,000 sebulan di kawasan luar bandar dan RM1,500 di kawasan Bandar.


5. Bagaimana untuk mendaftar ? 


Jawapan : Pendaftaran secara terbuka atas talian (online) boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang www.ekasih.gov.my.


6. Apakah yang dimaksudkan dengan Ketua Isi Rumah (KIR) ? 


Jawapan : Ketua Isi Rumah adalah daripada kalangan ahli isirumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggungjawab atau diberitanggungjawab terhadap kebajikan ahli isi rumah dimana dia tinggal.


7. Apakah yang dimaksudkan dengan Ahli Isi Rumah (AIR) ? 


Jawapan : Mereka ialah yang dianggap sebagai penghuni biasa di tempat kediaman yang dipilih.


8. Siapakah yang dimaksudkan sebagai miskin dan miskin tegar ? 


Jawapan : Berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) melalui Laporan Penyiasatan Isirumah (HIS) yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2007, miskin tegar ialah golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM430.00 bagi Semenanjung Malaysia, RM540.00 bagi Sabah dan RM520.00 Sarawak. Manakala pendapatan perkapita isirumah tersebut adalah RM100.00 bagi Semenanjung, RM110.00 bagi Sabah dan RM115.00 bagi Sarawak dengan bilangan isirumah 4.4 Semenanjung, 5.2 bagi Sabah dan 4.6 bagi Sarawak.


Miskin tegar - adalah dikalangan isirumah yang mempunyai pendapatan bulanan kurang dari PGK makanan. PGK makanan adalah berdasarkan keperluan harian kilokalori setiap individu berdasarkan metodologi PGK makanan 2005 bagi Malaysia ialah RM415.00.


Miskin - Berdasarkan PGK 2007, golongan yang mempunyai pendapatan kurang dari RM720.00 bagi Semenanjung, RM960.00 bagi Sabah dan RM830.00 bagi Sarawak.


Mudah Miskin - Golongan yang mempunyai pendapatan melebihi PGK bermaksud treshold di bawah RM1500.00 bagi bandar dan RM1,000.00 bagi luar bandar.


9. Apakah yang dimaksudkan dengan pendapatan perkapita sesebuah keluarga ? 


Jawapan : Pendapatan perkapita ialah jumlah pendapatan kesemua ahli isi rumah sebulan dan dibahagikan dengan bilangan ahli isi rumah tersebut.


10. Bagaimanakah saya boleh mengetahui yang saya telah didaftarkan dalam sistem eKasih ? 


Jawapan : Anda boleh menghubungi pihak Unit Penyelarasan Pelaksaan (ICU JPM) atau Seksyen Pembasmian Kemiskinan Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Pahang dan memberikan maklumat seperti Nama, No. Kad Pengenalan, No. telefon atau alamat e-mail/alamat surat menyurat yang boleh dihubungi.


11. Sekiranya nama saya telah didaftarkan dalam eKasih, bolehkah saya mendapat sebarang bantuan ? 


Jawapan : Bank data eKasih tidak memberi bantuan. Ia dibangunkan khusus bagi memudahkan agensi-agensi pemberi bantuan untuk memilih mereka yang betul- betul layak untuk menerima bantuan. Kepada KIR yang ingin memohon bantuan perlu memohon sendiri kepada agensi-agensi berkaitan yang memberi bantuan.


12. Bagi penerima bantuan daripada agensi tetapi KIR/AIR tidak berdaftar dalam eKasih perlukah mereka didaftarkan ? 


Jawapan :Penerima bantuan tersebut tidak perlu didaftarkan, pihak agensi pemberi bantuan/program tersebut boleh menghantar senarai penerima bantuan kepada ICU JPM (pentadbir sistem) untuk dimasukkan kedalam system eKasih dibawah ketegori penerima bantuan. Senarai Penerima Bantuan ini pula akan diverifikasi dari masa ke semasa.

  • Kami Biro-biro kebajikan dan kemasyarakatan (BKK) amat memandang serius hal-hal semasa dan sentiasa mencari jalan untuk bersama meringankan beban mereka yang memerlukan. Oleh itu kami sentiasa berpadu tenaga  bagi memastikan matlamat BKK tercapai...





 gambo mensorat pertama perlantikan exco2 biro bkk ni










mensorat bersame TZT dan penghulu mukim sanggang untuk majlis malam amal bkk..tzt 
bersama penduduk mukim sanggang..










Selamat datang kepada ajk baru kami iaitu Encik Rozali mahadi...semoga kite sama-sama 
berganding bahu dalam memastikan kebajikan anak-anak Temerloh terjaga,,,,










Antara sedikit sebanyak perancangan yang telah dibuat oleh BKK ialah..



  • Siti Noraya Merancang, membangunkan dan menyelaras / melaksanakan program yang dapat memupuk kemesraan dan semangat setiakawan /teamwork di kalangan ahli.
  • Menjalankan siasatan ke atas setiap isu atau permasalahan yang ditimbulkan oleh setiap ahli Persatuan.
  • Menangani semua permasalahan yang nyata dan sah yang dikemukakan oleh setiap ahli Persatuan. 
Di samping itu, sebagai biro kebajikan hala tuju utama kita ada lah cuba utk menyalur kan 
bantuan mengikut kemampuan dan dana yg kita ada di mase dpn..khas nye utk ahli2 yg 
berdaftor dgn PESAT dan utk mereka yg memerlukan..





















Wednesday, 4 April 2012

Mutiara Doa



                                                                            


Jika ada dikalangan kami orang yang sedang sakit, berikan kesembuhan kepada mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang susah, bantukanlah segala urusan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar bagi permasalahan mereka
Jika ada dikalangan kami orang yang sangat berhajat dengan keperluannya, sampaikanlah hajat dan cukupkanlah keperluannya,
Jika ada dikalangan kami orang yang menderhaka kepadamu Ya ALLAH, isteri yang menderhaka kepada suaminya YA ALLAH, anak2 yang menderhaka kepada ibu dan ayahnya. ampunkanlah dan pimpinilah mereka


Susah kami, bantulah Ya ALLAH
Beban Kami, ringankanlah Ya ALLAH
Permasalahan kami, berikanlah jalan keluar Ya ALLAH
Hajat kami, tunaikanlah Ya ALLAH
Ya ALLAH ya Tuhan Kami Dosa kami, ampunkanlah Ya ALLAH
Keaiban kami, tutuplah Ya ALLAH
Keras hati kami, lembutkanlah Ya ALLAH
Hidup kami, bimbingkanlah Ya ALLAH


Keluarga kami, bahagiakanlah Ya ALLAH
Suami kami, Solehkanlah Ya ALLAH
Isteri kami, Solehahkanlah Ya ALLAH
Anak2 kami , soleh dan solehahkanlah Ya ALLAH
Jika ada antara kalangan mereka yang keras hatinya, lembutkanlah Ya ALLAH
Jika ada antara kalangan mereka yang belum mendapat kesempurnaan hidayahMu, berikanlah hidayahMu kepada mereka Ya ALLAH.
Antara Aktiviti-Aktiviti Yang kami telah jalankan...




Menziarah dan menyampaikan sumbangan kepada 

seorang warga emas yang terlantar sakit 

di Kampung Paya Keladan, Temerloh.
Antara biro-biro yang hadir...
Berat mata yang memandang berat lagi bahu yang memikul..



Menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas kepada
warga emas di Kampung Raja, Songsang...


 membantu mereka yang memerlukan...


 menghulurkan bantuan ikhlas pada mereka di seluruh daerah Temerloh...




Pengerusi Biro kebajikan dan Kemasyarakan
Puan Noraya memberikan sedikit buah tangan....


 melawat rodong yang berada dihospital...



melawat anak salah seorang ahli PESAT
iaitu mastura yang terkena demam panas.....



Penduduk-penduduk Temerloh yang memberikan sokongan pada Biro
kebajikan dan kemasyarakatan ini...


Bismillahirahmanirrahim.............

Kami Biro-biro Kebajikan dan Kemasyarakatan PESAT amatlah bersyukur kerana dapat membuka 
BLOG  PESAT PRIHATIN ini....di sini kami ingin berkongsi sedikit sebanyak aktiviti-aktiviti yang telah kami jalankan sepanjang dalam penglibatan kami dalam Biro kebajikan dan kemasyarakatan ini...Di harap semua ahli-ahli TU dan PESAT dapat mengikuti segala perkembangan dan aktiviti kami kerana kami dengan setinggi-tinggi penghargaan amat menghargai kerjasama anda dalam menglibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan oleh warga Biro-Biro Kebajikan Dan Kemasyarakatan ini......Semoga segala usaha yang kita jalankan mendapat keredhaan Allah swt dan menjadi saham untuk kita semua meniti Akhirat kelak...Amin... 

Hadis Nabi mengenai tolong-menolong...

Memberi makan orang yang lapar
"Berikan makan dan berilah salam nescaya kamu akan mewarisi kebun-kebub di dalam syurga"
(Riwayat At-Tabrani)

Tidak sempurna iman apabila membiarkan jiran lapar
"Tidak sempurna iman orang yang enggan memberi makan kepada peminta"
(Riwayat Al-Bukhari)

Tolong menolong sesama mukmin
"Bandingan orang mukmin yang saling menyayangi dan lemah lembut di antara mereka seperti satu tubuh badan yang apabila satu anggota berasa sakit menyebabkan seluruh badan berjaga 
malam dan berasa demam"
(Riwayat Ahmad)




Biro ini bertujuan untuk menjaga kebajikan ahli-ahli PESAT disamping sentiasa bekerjasama dengan penduduk sekitar Temerloh tidak kira dalam apa-apa juga aktiviti...










Nantikan kami dengan isu-isu semasa, hangat masa kini......
Kami prihatin dengan keadaan semasa!.....